Bayi dua bulan maut: Taska tidak berdaftar, JKM sita premis

Siasatan awal Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM mendapati, taska berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, iaitu mengendalikan suatu taska tidak berdaftar

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya di mana seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia pada Selasa lepas, tidak berdaftar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata siasatan awal Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM mendapati, taska berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, iaitu mengendalikan suatu taska tidak berdaftar.

“Esok (Isnin), JKM akan hantar notis pemberitahuan tindakan LAK atau sita dan selepas 21 hari, sekiranya taska tersebut tidak mengemukakan bukti atau perakuan pendaftaran, maka tindakan lanjut ialah seperti kompaun atau tindakan pendakwaan berlandaskan undang-undang,” katanya.

Aiman Athirah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @ Advokasi Antigangguan Seksual Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Universiti Malaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di taska berkenaan Selasa lepas dan difahamkan, kejadian itu menimpa mangsa pada hari kedua bayi tersebutr dihantar ke taska itu.

Dalam pada itu, Aiman Athirah turut menasihatkan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar dengan JKM, kerana setiap taska berdaftar mematuhi prosedur pengasuh dan penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan.

“Kementerian berharap ibu bapa peka dan hanya menghantar anak-anak ke taska berdaftar dengan JKM, kerana setiap taska yang berdaftar akan dipantau oleh agensi, selain pengasuh juga telah menjalani kursus asuhan.

“Sebelum mendaftar ke taska, ibu bapa harus semak dengan pengusaha sama ada mereka punyai perakuan pendaftaran atau boleh semak dengan JKM dan portal JKM,” katanya. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related