Malaysia Airports sumbang RM5 juta untuk tabung rakyat Palestin

Selain itu, kempen derma peringkat dalaman akan diadakan untuk menggalakkan pekerja Malaysia Airports membuat sumbangan peribadi mereka

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports memberi sumbangan RM5 juta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Pengerusinya, Tan Sri Zainun Ali berkata, selain sumbangan itu, anak syarikatnya iaitu Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman) dan rakan kongsi, selain penyewa komersial yang beroperasi di lapangan terbang di sini juga akan menyumbang kepada dana tersebut.

Beliau berkata, selain itu, kempen derma peringkat dalaman akan diadakan untuk menggalakkan pekerja Malaysia Airports membuat sumbangan peribadi, yang mana syarikat menyasarkan kutipan sehingga RM1 juta.

“Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, kami berada dalam kedudukan untuk memimpin rakan kongsi perniagaan kami dalam komuniti lapangan terbang untuk turut memberi impak.

“Kami berbangga mendapat sokongan anak syarikat kami, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman) yang menyumbang RM100,000 untuk tujuan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu juga akan menyaksikan Malaysia Airports memimpin komuniti lapangan terbang untuk memberi impak kolektif dengan menyumbang demi kebajikan mereka yang memerlukan.

“Terima kasih diucapkan kepada rakan komersial kami, kakitangan Malaysia Airports, serta semua pihak yang menyokong usaha ini bagi membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan ketika ini,” katanya. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related