Pusat beli-belah Mid Valley Southkey dikejutkan dengan ancaman bom

Pihak pengurusan pusat beli belah mengesahkan menerima ancaman keselamatan terbabit menerusi panggilan telefon oleh pihak yang tidak dikenali

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suasana di pusat beli-belah Mid Valley Southkey di Johor Bahru hari ini gempar seketika selepas dilaporkan menerima ancaman bom.

Susulan itu, pihak berkuasa bertindak pantas meminta pengunjung dan pekerja mengosongkan pusat beli-belah itu kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Difahamkan, penggera amaran berbunyi pada jam 6.40 petang sebelum pengawal keselamatan dan pihak pengurusan meminta semua pekerja dan pengunjung keluar dari premis dan berkumpul di kawasan parkir terbuka di hadapan pusat beli-belah itu.

Pihak pengurusan pusat beli-belah mengesahkan menerima ancaman keselamatan terbabit menerusi panggilan telefon oleh pihak yang tidak dikenali.

Berikutan itu, pihak terbabit kemudian memaklumkan insiden terbabit kepada polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pihak kami mengesahkan siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa dan kami juga bersedia membantu.

“Kami juga diarahkan pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan yang terbabit sebagai langkah proaktif. Keselamatan pengunjung, tetamu, pekerja dan komuniti menjadi keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, difahamkan siasatan pihak berkuasa masih berjalan di pusat beli-belah terbabit dan satu sidang media akan diadakan pada masa yang masih belum ditentukan. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related