Had yuran daftar masuk universiti RM1,500 tanda kerajaan prihatin beban mahasiswa, lonjak pendidikan tinggi

Ia mengurangkan tekanan bagi pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan perlu perbelanjaan untuk perkara lain yang lebih penting

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari tahun depan, mendapat pujian pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai keprihatinan kerajaan dalam melonjak pendidikan dan mengurangkan beban rakyat.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohamed Yusuf Hassan Roslan, berkata ia membantu mengurangkan beban terutama bagi pelajar baharu dan mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 dan B40.

“Kami (pelajar UiTM) memang dibenarkan daftar kursus walaupun belum bayar lagi, jadi dengan langkah kerajaan untuk mengehadkan yuran ia mengurangkan tekanan bagi pelajar atau mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan perlu perbelanjaan untuk perkara lain yang lebih penting,” katanya kepada Scoop hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024 di Parlimen, pada Jumaat – Gambar Japen, 15 Oktober, 2023

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024, memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM16.3 bilion bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan bermula Januari 2024, yuran pendaftaran memasuki universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Pada masa sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat daripada mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Bagi Pengerusi Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Aiman Dhaifullah pula, pihaknya mengalu-alukan perkara itu yang disifatkan selari dengan bantahan Polisi Baki Sifar atau Zero Balance Policy yang mensyaratkan pelajarnya perlu menjelaskan yuran penuh terlebih dulu sebelum dibenarkan mendaftar kursus.

“Pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

“Kami mengalu-alukan perkara ini selari dengan permintaan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dan Angkatan Mahasiswa UM bahawa Zero Balance Policy ini membebankan kita,” katanya.

Aiman Dhaifullah turut meminta pihak terbabit khususnya KPT untuk memperincikan perkara berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan – Gambar Instagram, 15 Oktober, 2023

Beliau bagaimanapun menggesa kerajaan khususnya KPT untuk memperincikan lebih lanjut keputusan kerajaan itu bagi mengelak kekeliruan.

“Pada masa sama kami mohon penjelasan kerajaan, apabila ada dinyatakan tentang penambahbaikan dan meningkatkan tenaga kerja dan mahasiswa dalam bidang kecerdasan buatan (AI), namun yuran bagi kursus seperti Sains Data dan AI adalah antara termahal yang mana tidak selari dengan apa yang diumum.

“Jadi perkara ini (bayaran kursus yang tinggi) dapat disemak dan diberi penjelasan oleh pihak berwajib,” katanya.

Beliau turut memuji peruntukan besar sebanyak RM250 juta bagi mengganti dan meluas capaian wifi di semua universiti awam.

“Jika ada mana mana universiti berani menaikkan yuran atau caj berkait wifi atau fasiliti di Jabatan Teknologi Maklumat, maka tindakan universiti wajar dipersoal,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, menerusi inisiatif tersebut pelajar yang kurang berkemampuan mempunyai peluang lebih luas untuk memulakan dan meneruskan pengajian.

“Kita sambut baik langkah kerajaan ini termasuk penangguhan bayaran yuran pengajian golongan kurang berkemampuan agar tidak menyekat mereka yang belum mampu membayarnya bagi meneruskan pengajian atau mengambil peperiksaan.

“Semoga dengan langkah ini memberi semangat baharu kepada pelajar-pelajar susah yang sebelum ini mungkin tidak berhasrat menyambung pengajian kerana ingin menyara keluarga dan mereka yang susah dan tinggal di pedalaman,” katanya. – 15 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related