Kenapa stadium terbiar dipilih untuk Euro 2028

Pembangunan semula Casement Park hampir RM1 bilion bakal pulihkan bandar Belfast yang hampir ‘mati’

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemilihan United Kingdom dan Ireland sebagai tuan rumah bersama Euro 2028 tidak mengejutkan berbanding pemilihan Casement Park sebagai salah satu daripada 10 venue untuk Euro 2028, iaitu kejohanan yang berada dalam skala kedua dan mempunyai populariti sama seperti Piala Dunia.

Stadium itu – jika boleh disebut – pada dasarnya adalah tanah tandus yang terletak di Belfast dan terbiar sejak 2013.

Usaha untuk memulihkan stadium berkenaan, yang pernah menganjurkan bola sepak Gael, dibantah oleh penduduk disebabkan kedudukannya berhampiran kawasan kejiranan serta kekurangan tempat letak kereta, selain persoalan sama ada langkah memulihkan semula stadium itu adalah berbaloi.

Menurut laporan, kos untuk membangunkan semula stadium itu adalah GBP170 juta (RM986.5 juta) termasuk pembangunan kemudahan komersial dan infrastruktur awam bagi pengangkutan serta parkir.

Kerajaan Ireland dan Britain dijangka meluluskan rang undang-undang dengan pertukaran tanah dan kerjasama kerajaan-swasta telah dipertimbangkan untuk menghadkan wang pembayar cukai.

Pengkritik juga berkata Windsor Park yang terletak kira-kira 2.5km memadai kerana di situ semua perlawanan antarabangsa Ireland Utara diadakan.

Bagaimanapun, kapasiti Windsor Park iaitu 18,500 orang adalah lebih rendah daripada syarat UEFA iaitu 30,000 orang. Itulah sebab kenapa Casement Park dibaikpulih untuk menampung 34,500 penyokong.

Dibuka pada 1953, Casement Park direka untuk memuatkan kapasiti 31,661 peminat – bermakna reka bentuknya mencukupi untuk menampung tambahan 2,839 kerusi bagi memenuhi speksifikasi UEFA.

Lakaran artis imej baru Casement Park. – Gambar ihsan laman web projek Casement Park, 16 Oktober, 2023

Rekaan Casement Park dijalankan oleh Populous – pereka stadium utama di dunia dengan antaranya, Stadium Olimpik London; Stadium Wembley yang diperbaharui; Tottenham Hotspur dan Stadium Yankee New York.

Dalam negara, Populous telah mereka bentuk semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang berusia 20 tahun untuk memenuhi keperluan sukan semasa, keperluan penonton serta standard keselamatan.

Kompleks sukan ini telah ditukar kepada Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, yang dibuka pada 2017 untuk Sukan SEA Kuala Lumpur.

Menurut laporan, Populous juga terlibat dalam reka bentuk bagi cadangan projek baru Stadium Shah Alam.

Mereka yang menyokong pembangunan semula Casement Park berkata venue baharu dan acara sukan akan menyuntik aktiviti ekonomi yang sangat diperlukan di kawasan yang dipenuhi dengan kedai yang ditutup, pub dan restoran.

Penutupan Bass Ireland Brewery yang terkenal itu sahaja telah menyebabkan 500 kehilangan kerja.

“Kekurangan pelaburan menghantui tempat itu,” tulis kolumnis Daily Mail Ian Herbert.

“Sebarang usaha untuk menyelamatkan ekonomi tidak boleh dipertikaikan,’’ katanya sambil mencadangkan bahawa venue sukan bertaraf dunia akan memperkenalkan Belfast kepada dunia dan membenarkan pertumbuhan ekonomi yang amat diperlukan masyarakat.

Kos untuk baikpulih stadium ini dianggarkan GBP170 juta (RM986.5 juta) – Gambar ihsan laman web projek Casement Park, 16 Oktober, 2023

Bagaimanapun, hujah lain yang memihak kepada Casement Park ialah potensi untuk menyembuhkan luka yang berpunca daripada konflik sejarah hitam Utara Ireland.

Meskipun peminat dari kesatuan Casement Park tidak akan menghadiri perlawanan atau bermain di Windsor Park, dapat dirasakan sukan dan acara yang diberikan nafas baharu ini akan membantu memadamkan ingatan kepada keganasan lalu yang dikaitkan dengan stadium itu suatu masa dulu.

Stadium berkenaan dinamakan sempena Roger Casement, iaitu pejuang revolusi yang dibunuh oleh British kerana pengkhianatan.

Stadium itu sendiri menyaksikan pergaduhan dan pertempuran, membawa kepada pembunuhan dua anggota polis di padang stadium pada 1988. – 16 October, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related