Kenaikan siling gaji diinsuranskan berkuat kuasa selepas pindaan akta

Kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, keilatan, kematian atau kehilangan pekerjaan

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenaikan siling gaji diinsuranskan dari RM5,000 ke paras baharu iaitu RM6,000 akan berkuat kuasa selepas pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Akta Sistem Insurans Pekerjaaan 2017 (Akta 800).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata dalam kenyataan, kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, keilatan, kematian atau kehilangan pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat semalam berkata peningkatan itu akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka.

Sivakumar berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Belanjawan 2024 bagi memperkasa jaringan perlindungan sosial dan memacu pasaran buruh, selari dengan usaha kerajaan Persekutuan ke arah agenda reformasi struktur.

Dalam pada itu, beliau berkata dasar pengambilan pekerja orang kurang upaya (OKU) sebanyak satu peratus yang akan diperluas kepada bekas banduan dan warga emas, bakal dilaksanakan di pelbagai kementerian, syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakan strategik kerajaan.

Beliau berkata pemerkasaan dasar itu akan disokong menerusi peranan pegawai perkhidmatan pekerjaan Perkeso dan platform portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs yang dilengkapi dengan kebolehan kecerdasan buatan.

Ini dapat memastikan pemadanan pekerjaan yang cekap serta bersesuaian dengan golongan berkenaan seterusnya mengurangkan tempoh penempatan pekerjaan bagi mereka, katanya.

Sivakumar berkata pelaksanaan rangkaian inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2024 di bawah KSM menerusi Perkeso akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa, demi menjamin aspek keberkesanan selari hasrat kerajaan Persekutuan memperketatkan aspek tatakelola. – 14 Oktober, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related