DBKL gempur kilang proses ayam kotor di Batu Caves, 2 premis diarah tutup serta-merta

Dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 2 pagi tadi, sebanyak lapan kompaun telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiga kilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dengan dua daripadanya diarah tutup serta-merta selepas didapati melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak memiliki sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal.

Dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 2 pagi tadi, sebanyak lapan kompaun telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan antaranya tidak memiliki sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal, premis tidak bersih.

“Menggaji pekerja warga asing yang tiada suntikan tifoid, tiada sistem tapisan sisa serta menyalurkan sisa fizikal dan darah terus ke longkang awam,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

DBKL berkata, lapan kompaun yang dikeluarkan iaitu tiga mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 25(1)(b) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana lantai dan dinding ruang pemprosesan ayam kotor dengan sisa efluen, lemak dan darah ayam.

“Manakala dua kompaun mengikut UUK 38(1) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana gagal memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen serta tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang, mengalirkan sisa efluen, lemak dan darah terus ke longkang atau saliran awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengurusan kilang diberi amaran dan nasihat berkaitan kehendak kesihatan manakala dua premis diarahkan tutup serta-merta melalui Notis Perintah Penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 bagi melakukan pembersihan dan penambahbaikan.

“Selain itu, laporan juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Pelesenan dan Perniagaan untuk pembatalan lesen serta turut dipanjangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam untuk tindakan lanjut,” katanya. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related