Penggodam Malaysia berjaya godam laman sesawang Israel?

DragonForce Malaysia yang mempunyai lebih 33,000 pengikut di X turut berkongsi pautan pengguna media sosial yang menyokong Zionis

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DragonForce Malaysia, sebuah organisasi pengodam tempatan mendakwa berjaya melakukan aktiviti penggodaman terhadap laman sesawang Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu di Palestin.

Menerusi hantaran @DragonForcelO di aplikasi X yang dulu dikenali sebagai Twitter, pihak terbabit turut tampil melancarkan #OpsBadai dengan sasaran menghujani media sosial pihak yang pro-Zionis sehingga akaun mereka digantung pengendali aplikasi.

DragonForce Malaysia yang mempunyai lebih 33,000 pengikut di X turut berkongsi pautan pengguna media sosial yang menyokong rejim Israel yang boleh disasarkan dan menjadi serangan netizen negara ini.

Ia menggunakan tanda pagar (hashtag) ‘OpsBadai’, ‘OpsTaufan’ dan ‘Israelcuak’.

Menerusi satu hantaran terbaharu, pihak penggodam itu mendakwa berjaya mengawal sepenuhnya satu laman sesawang.

“Masih ingat website semalam? Full access control,” tulisnya.

Sementara itu seorang pengguna @HHasanie mengucapkan tahniah kepada pasukan penggodam tempatan serta memuat naik perkongsian satu laporan Reuters mengenai kejayaan kumpulan penggodam menggodam dua laman sesawang pasukan bantuan yang membantu rejim Israel di Gaza.

“Tahniah @DragonForcelO & team seluruh dunia,” tulisnya.

@Shahfazreen menulis supaya penggodam terbabit turut menyerang sistem bank di Israel.

“Jangan bagi dorang (mereka) keluar duit, tak boleh guna online banking or payment, disable card (debit/credit) semua israhell,” tulisnya.

@mrsqm1611 Hack pula meminta supaya akses internet di Israel digodam.

“Hack (godam) internet Israel. Tutup hat Israel bg (bagi) access (akses) untuk Palestine saja pls (please),” tulisnya.

Menurut pihak berkuasa Palestin, sekurang-kurangnya 1,799 orang telah terkorban dengan lebih 6,000 cedera di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu.

Sementara pejabat kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, lebih 400,000 orang hilang tempat tinggal di Gaza dengan 23 petugas kesihatan terbunuh. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related