Beribu-ribu penduduk Palestin lari ke selatan Gaza selepas diarah berpindah dalam masa 24 jam

Sekurang-kurangnya 1,799 orang telah terkorban dengan lebih 6,000 cedera di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beribu-ribu penduduk Palestin mula melarikan diri dari kediaman mereka di utara Gaza menuju ke selatan, selepas tentera Israel memberi amaran supaya mereka mengosongkan kawasan berkenaan dalam masa 24 jam.

Amaran berkenaan dikeluarkan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) selepas kemungkinan operasi darat akan dilancarkan rejim Zionis.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran bahawa perintah pengosongan melibatkan kira-kira 1.1 juta penduduk dalam masa 24 jam adalah ‘mustahil’ serta boleh memberi kesan buruk, demikian lapor Al Jazeera.

Israel membuat arahan tersebut selepas hari ketujuh perang Palestin-Israel dilancarkan.

Menurut pihak berkuasa Palestin, sekurang-kurangnya 1,799 orang telah terkorban dengan lebih 6,000 cedera di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu.

Sementara pejabat kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, lebih 400,000 orang hilang tempat tinggal di Gaza dengan 23 petugas kesihatan terbunuh.

Susulan perkembangan ini, tunjuk perasaan bagi membantah kekejaman Israel telah diadakan di seluruh dunia.

Malaysia tidak terkecuali dengan lebih 1,000 orang mengambil bahagian dalam Himpunan Solidariti Palestin yang diadakan di ibu kota pada Jumaat.

Himpunan sama turut diadakan di Putrajaya, Terengganu dan Kedah.

Malah pada pembentangan Bajet 2024 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen Malaysia untuk meluncurkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin dengan dana sebanyak RM10 juta.

Anwar turut menggesa syarikat-syarikat serta orang ramai untuk ikut serta demi prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related