Bajet 2024: Selain pertingkat keselamatan siber dan 5G, ini perincian peruntukan, perancangan KKD

Pelbagai usaha bakal diperkasa kementerian diterajui Fahmi Fadzil itu yang semestinya bagi memastikan ia menjadi khabar gembira untuk semua

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menerusi peruntukan lebih RM2.849 bilion diterimanya pada Bajet 2024 semalam, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yakin ia mampu mempertingkat inisiatif ketersambungan digital, ekonomi digital, keselamatan siber, pemasaran maklumat kenegaraan serta menyokong perkembangan bakat dan projek kreatif tempatan.

KKD memaklumkan, antara usaha bakal dilaksanakan kementerian berkenaan adalah terus mempertingkatkan lonjakan penerimaangunaan 5G, dengan memperluas kolaborasi bersama syarikat telekomunikasi.

Jelasnya, komitmen itu bertujuan memastikan lebih ramai pengguna dan perusahaan mendapat manfaat daripada bidang terbabit.

Daripada jumlah itu, ujarnya, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta kepakaran tempatan terhadap teknologi 5G, bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber.

Malah, KKD amat mengalu-alukan usaha kerajaan dalam mengekalkan cukai perkhidmatan telekomunikasi sebanyak enam peratus, bagi menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia.

“Kerajaan yang kini dalam dekad memacu ekonomi digital, memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi penyediaan Geran Pendigitalan hingga RM5,000.

“Geran tersebut diyakini memberikan manfaat kepada lebih 20,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pengusaha mikro bagi menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.

“Sebanyak RM40 juta disediakan bagi pelaksanaan program Shop Malaysia Online sebagai galakan kepada peniaga kecil, khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejumlah RM25 juta pula diperuntuk bagi memperkasakan peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyokong pengusaha kecil memasarkan dan menjual hasil produk secara dalam talian.

“Keprihatinan kerajaan dalam menghargai bakat kreatif tempatan direalisasikan dengan peruntukan sebanyak RM160 juta bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak karya seni di Malaysia.

“RM60 juta pula disalurkan kepada Dana Kandungan Digital untuk mempromosikan karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, KKD berkata, bagi memastikan industri perfileman negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa, sebanyak RM90 juta dikhaskan di bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI).

Skim Dana Padanan MyCreative pula diperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menyokong anak seni dalam penghasilan projek kreatif.

Ujarnya, lebih membantu penggiat bidang seni, apabila kerajaan bersetuju memberikan pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas artis tempatan serta pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan untuk persembahan artis antarabangsa dan acara hiburan lain, seperti tayangan filem.

“KKD menghargai sokongan kerajaan dalam menggalakkan kemasukan produksi filem asing ke Malaysia melalui cadangan penetapan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon serta kru filem asing yang menjalankan penggambaran filem di negara ini.

“Kementerian ini yakin Bajet 2024 mampu merealisasikan aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related