Elak penipuan, JAIS selaras kutipan dana kemanusiaan ke Palestin, Maghribi, Afghanistan dan Libya

Sumbangan diselaras itu juga akan disalur terus dan tepat kepada pihak disasarkan melalui pihak diiktiraf MAIS

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil inisiatif menyelaras sendiri semua kutipan dana disalurkan masyarakat untuk misi kemanusiaan ke empat negara yang berdepan musibah, iaitu Palestin, Maghribi, Afghanistan dan Libya.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS juga akan memastikan semua sumbangan disalurkan itu sampai terus dan tepat kepada sasaran melalui pihak berautoriti yang diiktiraf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan tiada individu atau pihak mengambil kesempatan atas alasan mengutip khairat bagi tujuan manfaat, faedah kepentingan dan pembangunan umat Islam.

“JAIS melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor menubuhkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi menyelaras semua kutipan dana dikumpul daripada seluruh masjid dan surau di Selangor.

“Sehubungan dengan itu, orang awam disarankan untuk menyalur derma ke tabung tersebut yang dibuka di masjid dan surau di Selangor.

“Mereka juga boleh terus menyumbang ke akaun Maybank [Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI): 562106718620], dengan menyatakan rujukan penerima (recipient reference) dengan nama Pray For Gaza,” katanya menerusi hantaran di Facebook JAIS.

Beliau berkata, JAIS turut menyelaras semua kutipan untuk agihan bantuan akibat banjir di Libya serta gempa bumi di Maghribi dan Afghanistan.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan sumbangan melalui tabung sama yang diwujudkan atau ke nombor akaun bank TIJARI, dengan memaklumkan tujuan pemberian mereka.

Pada masa sama, Shahzihan berkata, sebagaimana diketahui umum, keadaan konflik di Palestin yang terus bergolak sejak 7 Oktober lalu, hingga kini belum berakhir.

“(Jadi), seluruh masjid dan surau di Selangor terus diseru membaca doa Qunut Nazilah dan melaksanakan Solat Hajat bagi mendoakan keselamatan, ketabahan serta kemenangan perjuangan rakyat Palestin,” katanya. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related