Bajet 2024: Penjawat awam dapat insentif awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024

Bayaran insentif tersebut adalah kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, selain itu RM1,000 juga diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, yang turut melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Beliau berkata, bayaran itu diberi sementara menunggu kajian SSPA itu lengkap.

“Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

“Kajian SSPA ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban untuk persediaan persekolahan anak- anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” katanya.

Selain itu Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi meliputi pakaian batik Malaysia bagi semua penjawat awam yang layak.

Beliau juga berkata, bagi memastikan nasib penjawat awam terbela, kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM 6,000 selaras dengan pindaan Skim Perkeso bagi sektor swasta.

“Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta.

“Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas,” katanya. -13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related