Bajet 2024: Kerajaan teruskan semula pembinaan 5 stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini

5 stesen berkenaan adalah Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik

6:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Stesen berkenaan, kata Perdana Menteri ialah stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

”Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk dengan kos sebanyak RM4.7 bilion,’’ kata beliau ketika membentangkan Bajet 2024, di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar juga berkata, anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai seperti yang dirancang kerajaan negeri berjumlah RM10 bilion menurut kaedah kerjasama awam-swasta (PPP).

Bagi 180,000 penduduk Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan bas dan rel Prasarana untuk berulang-alik mencari rezeki, beliau berkata, manfaat pas bulanan My50 akan diteruskan. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related