Bajet 2024: Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian ditubuh perkasa aliran, tingkat penyertaan: PM

Penubuhan jawatankuasa itu susulan KPM merekodkan penurunan penyertaan murid menengah atas dalam aliran STEM

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) rentas kementerian, bagi memperkasa pendidikan aliran itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, matlamat penubuhan jawatankuasa itu, antaranya untuk menetapkan sasaran dan langkah bagi meningkatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dalam bidang STEM.

“Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan penurunan penyertaan murid menengah atas dalam aliran STEM kepada 40.94 peratus tahun 2022, ketimbang 45.2 peratus tahun 2017,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini..

Beliau berkata, bagi usaha memperkasa STEM, kerajaan memperuntukan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah serta memperoleh peralatan baharu untuk pembelajarannya.

“Wakil industri juga akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid mempelajari STEM,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan juga akan terus memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas.

“18 blok baharu pendidikan khas akan dibina dengan kos RM180 juta,. antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis.

“RM30 juta juga disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra orang kurang Upaya (OKU), bagi memudahkan urusan murid serta guru di sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Kewangan itu berkata, penerapan Karamah Insaniah dalam kalangan murid sekolah akan diperluas untuk melaksanakan program pembentukan karakter murid yang menumpukan kepada nilai kepimpinan, sahsiah diri, adab dan integriti.

Bukan setakat itu, Anwar berkata, kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi melaksanakan pendekatan holistik membabitkan semua pihak dalam membantu mana-mana murid tercicir, terkesan dan memerlukan bimbingan lanjut, susulan penutupan sekolah ketika COVID-19.

“Bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang sedang dirangka turut mengambil kira cadangan dan kekhuatiran ibu bapa, warga pendidik serta industri pula, KPM akan melaksanakan Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related