Bajet 2024: Tempoh proses sijil halal dikurangkan dari 51 hari ke 30 hari

Proses berkenaan akan dikendalikan bersama-sama Halal Development Corporation dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh pemprosesan pensijilan halal telah dipendekkan daripada 51 hari kepada 30 hari khususnya untuk pengeksport produk halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses berkenaan akan dikendalikan bersama-sama Halal Development Corporation dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari. Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama Jakim akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal,” katanya.

Selain itu, selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 sebanyak sembilan institusi kewangan akan menawarkan program khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) halal.

“Platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya ini menjadi penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) menjelang 2030,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related