Bagaimana MYAirline diberi lesen operasi walaupun latar belakang kewangan diragui?

Guan Eng berkata, pihak pengurusan dan pemegang saham syarikat penerbangan itu perlu dihukum tegas kerana memperdaya 125,000 penumpangnya

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoalkan bagaimana syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) diberikan lesen operasi oleh kerajaan terdahulu meskipun ia memiliki latar belakang kewangan diragui.

Menurutnya, kegagalan urus tadbir sebegini oleh kerajaan terdahulu mencemar reputasi Malaysia dalam industri penerbangan.

“Apakah kewajaran dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan hinggakan syarikat penerbangan tambang murah ini boleh gulung tikar hanya setahun selepas memulakan operasi?” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa semalam sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP mendesak pihak pengurusan dan pemegang saham MYAirline dihukum tegas kerana memperdaya 125,000 penumpangnya membabitkan tempahan tiket penerbangan berjumlah RM20 juta sehingga Mac 2024.

Tegasnya, Penghentian operasi secara tiba-tiba tanpa sebarang sebarang jaminan pulangan bayaran tiket sebanyak RM20 juta kepada penumpang terjejas bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga mungkin terdapat unsur jenayah.

“Pihak pengurusan melakukan jenayah apabila cuba menyembunyikan maklumat penting malah memperdayakan pihak berkuasa dan penumpang yang telah ke lapangan terbang hanya untuk mengetahui bahawa penerbangan mereka sudah tiada.

“Ramai penumpang berasa tertipu dan marah terutamanya 10,000 penumpang untuk 39 penerbangan yang sepatutnya berlepas semalam,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan sekarang adalah untuk memastikan 125,000 penumpang terjejas mendapat pulangan sepenuhnya tiket penerbangan mereka.

Katanya, walaupun Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan siasatan terperinci, tindakan perlu diambil bukan sahaja ke atas MYAirline tetapi juga mana-mana pegawai kerajaan yang mungkin bersubahat dengan syarikat terbabit. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related