Israel arah penduduk Palestin di utara Wadi berpindah dalam masa 24 jam

IDF memaklumkan bahawa penduduk berkenaan hanya boleh kembali ke kediaman mereka selepas diberikan kebenaran berbuat demikian

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penduduk Palestin yang menetap di utara Wadi Gaza diarahkan mengosongkan kediaman mereka dan berpindah ke selatan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Amaran awal itu dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Israel dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demikian menurut jurucakap PBB, Stéphane Dujarric dan sumber lain yang sedia maklum mengenai perkata berkenaan.

“Hari ini, sebelum tengah malam waktu tempatan, ketua pasukan Pejabat PBB Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan dan Jabatan Keselamatan dan Keselamatan di Gaza dimaklumkan oleh pegawai perhubungan mereka oleh tentera Israel bahawa seluruh penduduk Gaza di utara Wadi Gaza harus berpindah ke selatan Gaza dalam tempoh 24 jam akan datang,’’ katanya kepada portal berita Axios.

Dianggarkan lebih 1 juta penduduk Palestin menetap di kawasan berkenaan. Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan PBB dan mereka yang berlindung di bawah kemudahan yang disediakan badan dunia tersebut seperti sekolah dan pusat kesihatan.

IDF memaklumkan bahawa penduduk berkenaan hanya boleh kembali ke kediaman mereka selepas diberikan kebenaran berbuat demikian.

Arahan tersebut boleh menjadi isyarat bahawa tentera Israel sedang bersiap sedia untuk mengadakan operasi darat, lapor Axios.

Sumber juga memaklumkan kepada Axios bahawa tujuan IDF memaklumkan perkara berkenaan adalah supaya orang awam tidak cedera dalam operasi ketenteraan tersebut.

Setakat ini lebih 1,530 penduduk Palestin dan 1,200 penduduk Israel terkorban, manakala beribu yang lain cedera serta beratus-ratus yang lain telah dipindahkan sejak pertempuran terbaharu antara Israel serta Hamas bermula.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, António Guterres António Guterres telah dua kali bercakap dengan Duta Israel ke PBB iaitu Gilad Erdan mengenai perkara berkenaan.

Guterres memaklumkan kepada Erdan bahawa beliau mahu mendapatkan penjelasan di peringkat tertinggi megenai tindakan Israel itu untuk memindahkan penduduk dari utara Semenanjung Gaza, kata sumber PBB.

Namun Erdan dalam kenyataannya menyifatkan ‘tindak balas PBB terhadap amaran awal Israel kepada penduduk Gaza itu adalah memalukan. – 13 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related