Anwar antara ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia

Beliau berada di kedudukan ke-11 bagi kategori tersebut

12:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berada di kedudukan ke-11 bagi kategori pemerintah dan ahli politik seperti tersenarai dalam penerbitan edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024.

Beliau berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang berada di tangga kesembilan dalam senarai terbabit.

Mengikut penerbitan tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik.

Aspek lain yang diambil kira termasuk melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Pada tahun lalu, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori sama.

Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Tampar lelaki bukan Islam makan ketika Ramadan adalah provokasi, tidak cermin perpaduan: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Related