Isu sorok, subsidi beras: SPRM tak sasar mana-mana ahli politik, hanya laksana tugas

Menurut Azam Baki, adalah menjadi tugas SPRM untuk meneliti segala aduan dan maklumat yang diterima badan berkenaan

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjalankan tugas dan tidak menyasarkan mana-mana pihak dalam sebarang siasatan yang dilakukan, termasuk isu subsidi dan penyorokan beras.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, adalah menjadi tugas SPRM untuk meneliti segala aduan dan maklumat yang diterima badan berkenaan.

“Di sini saya ingin menyatakan kita tidak ada target (sasar) mana-mana pihak, kerajaan negeri atau ahli politik kerana tugas SPRM sekarang ini adalah untuk meneliti sebarang maklumat serta aduan yang kita terima dan kita akan bertindak secara profesional untuk menyiasat mereka yang terlibat.

“Mana-mana pihak yang terlibat isu jenayah rasuah dan salah guna kuasa akan menjadi perhatian dan tumpuan kami… tidak kira siapa pun mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Public-Private Partnership (PPP) Fasa Dua Bertajuk ‘Cabaran Bersama: Integriti Dalam Menangani Jenayah Kewangan’ di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan SPRM menyerbu tiga kilang di Kedah, Azam berkata, ia dilakukan bagi menyiasat kemungkinan terdapat pihak melakukan penyelewengan subsidi beras yang diberikan oleh kerajaan.

“Semalam sebuah kilang, hari ini dua kilang dan saya tidak menolak akan ada lagi kilang yang akan disiasat SPRM bagi melihat kepada subsidi-subsidi yang dibayar oleh kerajaan yang dilihat tidak setara dengan pengeluaran padi yang diedarkan kepada orang ramai.

“SPRM perlu melihat perkara ini menerusi perspektif kami, yang mana kesalahan rasuah mungkin berlaku terutama sekali sekiranya dana wang kerajaan atau subsidi diseleweng. Kita perlu siasat perkara ini,” katanya. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related