MRA gerakkan misi kemanusian kepada Palestin, serah sumbangan segera RM100,000

Angka korban penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat meningkat lebih 1,000 orang dengan jumlah yang cedera dianggarkan melebihi 5,000 orang

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysian Relief Agency (MRA) akan menggerakan Misi Kemanusian Palestin bagi membantu rakyat negara itu yang terkesan teruk akibat perang Palestin-Israel.

Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, bagi tujuan berkenaan, pihaknya telah melancarkan tabung kecemasan selepas mendapat maklumat bahawa angka korban rakyat Palestin semakin meningkat.

Angka korban penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat meningkat lebih 1,000 orang dengan jumlah yang cedera dianggarkan melebihi 5,000 orang, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita WAFA.

Menurut Daud, sumbangan segera sebanyak RM100,000 telah diberikan bagi tujuan menampung keperluan mendesak seperti bantuan perubatan, peralatan hospital, tempat perlindungan dan makanan.

“MRA berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin dalam tempoh satu minggu lagi memandangkan mangsa yang tercedera semakin meningkat.

“Ketika ini, pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera rejim Israel masih berterusan di Kota Gaza, Beit Hanoun, Beit Lahiya, Jabalia, Deir al-Balah, Khan Younis, Rafah, dan kawasan sempadan dengan Israel dan Mesir,” katanya menerusi kenyataan kepada Scoop.

Mengulas lanjut, Daud menegaskan, kesan terhadap pertempuran di antara Palestin dan Israel dilihat sangat kompleks dan ganas hingga mengakibatkan banyak pihak mengalami penderitaan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Sehubungan itu, beliau menggesa genjatan senjata dilaksanakan dengan segera di antara kedua-dua pihak.

“Keangkuhan Israel sepanjang tujuh dekad ini telah membunuh puluhan ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak. Serangan terhadap tempat awam yang membunuh ratusan nyawa juga perlu dihentikan.

“MRA mengajak orang ramai menyumbang untuk membantu rakyat Palestin yang kini sedang terhimpit dalam kemelut konflik dan krisis kemanusiaan menerusi Tabung Kecemasan Palestin melalui akaun Malaysian Relief Agency Berhad (Maybank – 5640 9820 8020) atau layari akaun facebook MRA untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya turut menggerakkan Tabung Sumbangan Rakyat Palestin bagi membantu umat Islam yang terkesan dengan kekejaman lsrael.

Tegasnya, sudah tiba masanya negara lslam seperti Saudi Arabia, Iran, Mesir, Turki, Qatar Indonesia termasuk Malaysia bertindak dan bersama membantu rakyat Palestin secara lebih serius.

“Segala normalisasi diplomatik dan perdagangan dengan Israel perlu ditamatkan. Negara lslam tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar mengecam tindakan keji serta kejam rejim Zionis

“Rakyat Palestin perlu diberikan kembali hak mereka termasuk hak keluar masuk ke Masjid Al-Aqsa serta tempat suci yang lain tanpa gangguan dan sekatan,” katanya. – 12 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related