Dua kertas siasatan Ebit Lew telah dihantar ke Peguam Negara

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit sedang menghadapi kes (perbicaraan) mahkamah di Sabah

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kertas siasatan itu adalah berkaitan dakwaan rogol oleh pempengaruh dari Indonesia dan dakwaan fitnah terhadap Ebit.

“Kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit sedang menghadapi kes (perbicaraan) mahkamah di Sabah. Saya tidak mahu kenyataan saya memberi kesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, Ebit jjuga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Susulan itu, polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar bahawa rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bagi siasatan lanjut. – 11 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related