Imigresen gagalkan cubaan suami isteri mohon pasport melalui pemalsuan identiti

Pegawai bertugas telah mengesan perbuatan pasangan warga tempatan itu yang menggunakan dokumen diri milik anak mereka untuk memohon PMA bagi seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka

3:17 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menggagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) melalui pemalsuan identiti di Kulai, semalam. 

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata pegawai bertugas telah mengesan perbuatan pasangan warga tempatan itu yang menggunakan dokumen diri milik anak mereka untuk memohon PMA bagi seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka, dengan disyaki menerima sejumlah bayaran daripada seorang individu yang masih bebas. 

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi di Pejabat JIM Cawangan Kulai itu, kanak-kanak lelaki warga asing itu gagal untuk menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan, sekali gus menimbulkan rasa curiga kepada pegawai bertugas. 

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa kanak-kanak itu tidak bersekolah seperti yang dinyatakan dan tidak boleh berbahasa Melayu, serta hanya menjawab soalan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris. 

“Justeru, pasangan terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (A) Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baharuddin berkata JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menjalankan urusan imigresen dan menegaskan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan janji manis diberikan pulangan lumayan dengan menjual dokumen diri atau bakal berdepan hukuman berat. 

“JIM menyeru orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keamanan negara,” katanya. – 11 Oktober, 2023

 

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related