Modul literasi kewangan dicadang dimasukkan dalam Program PLKN 3.0: Ahmad Zahid

Modul itu adalah sebagai persediaan awal untuk generasi muda menghadapi cabaran masa hadapan termasuk berkenaan pembelian dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa tunai

7:10 PM MYT

 

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar modul literasi kewangan turut dimasukkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai persediaan awal generasi muda hadapi cabaran masa depan. 

Beliau berkata perkara itu dapat dilakukan dengan kerjasama antara Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PLKN di bawah Kementerian Pertahanan. 

“Beberapa pendekatan mesti dilakukan agar kadar kebankrapan dapat ditangani di peringkat awal. Jika ini tidak dibuat maka dikhuatiri sebelum masuk ke pasaran guna tenaga, mereka terlebih dahulu mempunyai keberhutangan yang tinggi dan ini sangat tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 anjuran i-LEAD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam hari ini. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo. 

Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

Modul itu adalah sebagai persediaan awal untuk generasi muda menghadapi cabaran masa hadapan termasuk berkenaan pembelian dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa tunai, katanya.

Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

Sementara itu, Hannah berkata KBS melalui i-LEAD kini menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi belia dan isu kebankrapan dalam kalangan belia dengan membantu mereka menyedari dan mendapatkan kemahiran untuk berbelanja secara berhemah. 

“Pada tahun ini, sembilan orang di bawah umur 25 tahun diisytihar bankrap manakala 419 orang di antara umur 25 hingga 34 tahun bankrap. Mereka ini tergolong dalam lingkungan umur belia yang rata-ratanya baru memulakan kehidupan dan kerjaya,” katanya. 

Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 5,695 kes kebankrapan direkodkan dengan pinjaman peribadi merupakan punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8 peratus daripada punca-punca kebankrapan lain seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related