Laporan prestasi kewangan, belanjawan akan dikeluarkan September setiap tahun: Ahmad Maslan

Inisiatif itu sudah dimulakan Kementerian Kewangan pada September tahun ini untuk Belanjawan 2023

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (KATF) 2023 dilaksanakan kelak, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan laporan prestasi kewangan dan belanjawan setengah tahun negara pada September setiap tahun.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif itu sudah dimulakan Kementerian Kewangan pada September tahun ini untuk Belanjawan 2023.

“Ini kali pertama kita keluarkan dan boleh dilihat di laman web Kementerian Kewangan.

“Ia perkara baharu hasil KATF ini walaupun belum dilaksanakan, tetapi kita sudah mulakan laporan setengah tahun,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai RUU KATF 2023 yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, Ahmad berkata, kerajaan menetapkan empat sasaran selaras prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab seperti mana undang-undang tanggungjawab fiskal terkini di kebanyakan negara.

Menurutnya, prinsip tersebut bertujuan memastikan kestabilan makroekonomi, mencapai dan mengekalkan kemampanan baki fiskal, mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat dan memastikan pengurusan risiko fiskal yang berkesan.

“Sasaran ditetapkan kerajaan adalah perbelanjaan pembangunan tahunan sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya sebanyak tiga peratus.

“Selain itu, baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak negatif tiga peratus atau kurang dan paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak 60 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun, serta jaminan kewangan sebagai peratusan kepada KDNK tidak melebihi 25 peratus,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan RUU yang digubal berdasarkan konteks Malaysia itu merupakan satu lembaran baharu dalam agenda pembaharuan fiskal negara.

“Bagi terus meningkatkan aspek ketelusan dalam pelaporan kewangan kerajaan, beberapa laporan baharu juga akan diterbitkan.

“Selain itu, fungsi dan peranan Jawatankuasa Dasar Fiskal akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan dasar fiskal selaras dengan prinsip pengurusan fiskal bertanggungjawab,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan akan meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana, kajian semula perbelanjaan awam dan pengenalan Akta Perolehan Kerajaan bagi memastikan nilai faedah terbaik dan kemampanan fiskal jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 yang bertujuan untuk menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja telah diluluskan Dewan Rakyat hari ini menerusi undian suara.

Rang undang-undang berkenaan mengandungi cadangan pindaan yang sama yang dibacakan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, ia tidak sempat dikemukakan kepada Dewan Negara ketika itu kerana Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related