Permohonan notis merah terhadap menantu Muhyiddin sudah dihantar kepada Interpol: Ketua Polis Negara

Menurutnya, ketika ini pihak Interpol sedang menunggu jawapan daripada ibu pejabat Interpol di Lyon, Perancis

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menghantar permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini pihak Interpol sedang menunggu jawapan daripada ibu pejabat Interpol di Lyon, Perancis.

“Kita yakin notis merah itu akan dikeluarkan.

“Jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kita dapat pada 3 Oktober lalu (Selasa minggu lalu), jawapan dan dokumen yang diperlukan oleh pihak Interpol dan sudah diserahkan (SPRM) kepada kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan PDRM sudah menyerahkan dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan notis merah terhadap menantu Muhyiddin.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima dokumen itu daripada SPRM.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM sedang menyediakan beberapa dokumen diperlukan termasuk draf pertuduhan kes, untuk diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan notis merah terhadap menantu Muhyiddin itu dan peguamnya.

Permohonan notis merah itu perlu dibuat melalui PDRM.

Pada Ogos lalu, Azam dipetik sebagai berkata, SPRM akan memohon notis merah Interpol terhadap menantu Muhyiddin itu serta seorang lagi individu, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Kedua-dua mereka dikatakan melarikan diri dari Malaysia pada Mei lalu. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related