3,997 laman sesawang disekat, lebih 11,000 kandungan diturunkan: Fahmi

Daripada jumlah itu, elemen kesalahan tertinggi membabitkan pemancingan maklumat membabitkan sebanyak 1,247 laman sesawang

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat kira-kira 3,997 laman sesawang yang didapati melanggar undang-undang negara sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu elemen kesalahan tertinggi membabitkan pemancingan maklumat membabitkan sebanyak 1,247 laman sesawang.

“Diikuti 1,022 laman lucah, judi atas talian (973), pelanggaran hak cipta (453), pelacuran (83) dan aktiviti pasaran modal (78), kawalan dadah dan kosmetik (38) dan kawalan makanan (30),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta menteri menyatakan senarai terperinci portal dan akaun media sosial yang disekat sehingga sekarang, sebab dan sehingga bila sekatan akan dikenakan.

Selain itu, Fahmi berkata, dalam menangani isu penyalahgunaan termasuk jenayah yang berlaku di platform media sosial, tindakan penurunan kandungan turut dilaksanakan dengan kerjasama penyedia platform media sosial berkaitan.

Katanya, bagi tempoh sama, sejumlah 11,949 kandungan yang melanggar undang-undang juga sudah diturunkan.

“Kerjasama MCMC dengan TikTok, Facebook, Instagram, aplikasi X, YouTube dan lain-lain telah menurunkan sejumlah 11,949 kandungan atas pelanggaran piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak penyedia platform, serta kesalahan di bawah undang-undang negara,” katanya.

Beliau berkata, pelanggaran tertinggi membabitkan kandungan perjudian dalam talian (7,026), penipuan dalam talian (1,842), jelik (1,263), kandungan palsu (722), akaun palsu (157) dan mengancam (27).

“Penurunan atau pemadaman kandungan di platform media sosial amnya bersifat kekal dan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh platform media sosial yang terlibat,” katanya. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Red flags over Jalur Gemilang ruling – Terence Fernandez

The government need not be schooled on a directive for school children to wear patriotism in their hearts

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related