KPKM siasat kenapa hanya gula premium dijual, tidak patut berlaku

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneliti laporan mengenai kekurangan bekalan gula bersubsidi di pasaran sehingga pasar raya dan kedai runcit terpaksa meningkatkan penjualan gula berkategori premium.

Menurut sumber KPKM, isu tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan syarikat pembekal perlu mematuhi perjanjian untuk membekalkan minimum 42,000 tan metrik gula bersubsidi dalam masa seminggu.

“Walaupun kita masih belum menerima laporan berkaitan isu tersebut namun, saya akui memang terdapat kekurangan bekalan gula di beberapa lokasi di seluruh negara. Bagaimanapun, setakat ini, belum ada krisis besar berlaku.

“Kita akan tetap menjalankan siasatan secara terperinci agar dapat mengetahui punca atau masalah sebenar berlakunya kekurangan bekalan gula putih bertapis (bersubsidi) di sesetengah lokasi sehingga hanya tinggal gula premium sahaja yang dijual. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Scoop. 

Dalam pada itu, sumber menyarankan peruncit serta pasa raya yang mengalami isu kekurangan bekalan gula melaporkan kepada pihak berwajib agar penyelesaian jangka pendek mampu dilaksanakan.

“Laporkan kekurangan gula ini dan pihak kita atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan cuba menyediakan bekalan gula dalam tempoh waktu terdekat.

“Peniaga juga diingatkan untuk tidak mengenakan syarat, sebagai contoh, kononnya perlu melakukan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, baru boleh membeli gula pasir kasar. Itu boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengakui pihaknya turut mengalami kekurangan gula, namun masih belum mencapai ke tahap putus bekalan sehingga memberi bebanan kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyarankan Kerajaan Perpaduan mengapungkan harga gula, mengikut pasaran semasa dunia bagi menyelesaikan krisis kekurangan bekalan barangan asas tersebut

Jelasnya, harga pasaran antarabangsa bagi gula ketika ini sudah mula meningkat antara RM3.60 hingga RM3.70 untuk 1 kilogram (kg) dan keperluan ia ditetapkan pada harga semasa di pasaran antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Othman pula memaklumkan, keperluan untuk kerajaan membenarkan lebih banyak permit import dikeluarkan dalam usaha menangani kekurangan gula di pasaran.

 Jelasnya, langkah membuka, mengeluarkan serta membenarkan lebih banyak permit import itu secara langsung dapat menangani penguasaan monopoli oleh pihak-pihak tertentu yang selama ini sering mengawal harga barangan keperluan rakyat. – 9 Oktober, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Related