Pilih Dayang Anisha, Putera Mateen akhiri zaman bujang awal tahun depan

Berita gembira itu diumumkan menerusi laporan Radio Television Brunei (RTB) News, malam tadi

10:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Putera raja kacak dari negara jiran yang sentiasa mendapat perhatian ramai, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bakal menamatkan zaman bujangnya awal tahun depan.

Menurut laporan berita Radio Television Brunei (RTB) News, Putera Mateen, 32, akan melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Putera Mateen adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pengantin perempuan pula adalah cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadualkan berlangsung pada 11 Januari 2024.

Putera Mateen pernah mengikuti latihan asas ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Anakanda baginda sultan itu turut menceburi bidang kerjaya sebagai juruterbang tentera dan berjaya menamatkan Latihan Elementary Flying selama tujuh bulan di Royal Air Force Cranwell, United Kingdom pada 28 April 2017.

Selain itu, Putera Mateen turut aktif dalam acara polo ekuestrian dan pernah memenangi dua pingat gangsa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related