Tiada gelombang hijau di Pahang, yang ada hanya gelombang biru, merah: Zahid

Kejayaan di PRK DUN Pelangai juga memberi petanda gabungan BN dan PH semakin diterima rakyat Malaysia

9:20 AM MYT

 

BENTONG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai petanda tidak ada “gelombang hijau” di Pahang. 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk jentera parti, sama ada daripada BN mahupun rakan dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Ini adalah petanda bahawa tidak ada gelombang hijau di Pahang dan yang ada hanyalah gelombang biru (BN) dan merah (Pakatan Harapan) yang semakin diterima rakyat Malaysia. InsyaAllah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya malam tadi.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah atas kejayaan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Beliau juga berterima kasih kepada pengundi DUN Pelangai dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan itu termasuk jentera akar umbi di pusat daerah mengundi (PDM) serta kepimpinan Umno Bahagian Bentong yang diterajui Pemangku Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Mohammad Zaini Salleh.

PRK DUN Pelangai menyaksikan Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related