Keputusan tarik balik tauliah mengajar Dusuki, Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor: Mais

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjelaskan keputusan menarik balik tauliah mengajar agama Islam bagi aktivitis politik di negeri itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Oktober lalu yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani yang dikeluarkan agensi itu.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.

“Keputusan ini juga sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, dalam hal itu, Mais memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas alasan, rayuan yang difailkan itu hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Dusuki Abdul Rani sudahpun tamat pada 30 Jun lalu.

Justeru, katanya, titah Sultan Selangor berhubung perkara itu masih berkuat kuasa di Selangor.

“Keputusan terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor yang berkaitan dan berdasarkan maklumat mengenai status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, merujuk keputusan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi pula, keputusan Jawatankuasa Tauliah Mais juga dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan pemberian tauliah kepada mana-mana aktivis politik.

Katanya, tindakan penarikan balik tauliah tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada Mais.

“Mais menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

“Ini kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related