Kerajaan akan pindah semula aset TH daripada SPV secara berperingkat

keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan mendapati kedudukan kewangan TH kini sudah kembali stabil

10:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan akan memindahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) dari Syarikat Tujuan Khas (SPV) secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, aset bernilai kira-kira RM19.9 bilion itu dipindahkan ke SPV di bawah Kementerian Kewangan pada Disember 2018 ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan sebagai langkah untuk memulih serta menstabilkan kedudukan kewangan institusi tersebut.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan yang dikemudinya mendapati kedudukan kewangan TH kini sudah kembali stabil, sekali gus membenam naratif jahat dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Pelancaran UlangTahun Ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Gambar Scoop, 6 Oktober, 2023

“Saya kesal kerana cerita bohong itu telah mempengaruhi penabung dan masyarakat, apatah lagi fitnah tersebut diperpanjang dan diulang oleh golongan yang kononnya memperjuangkan agama,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

“Justeru, mari bersama kita pertahan kesucian agama Islam dan prinsipnya, selain berusaha memampan tanggapan yang salah terhadap agama,’’ katanya.

Anwar turut memaklumkan beliau telah menjelaskan mengenai isu aset TH itu secara panjang lebar semasa menghadiri majlis peluncuran ulang tahun Lembaga Haji yang ke-60 baru-baru ini. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related