Penduduk Batang Kali kecewa, laluan alternatif jauh hingga ada yang bekerja di Genting terpaksa berhenti

Jika dulu jarak perjalanan ke Genting Highlands hanya 30km, kini menjadi tiga kali ganda

10:00 AM MYT

 

BATANG KALI — Penutupan Jalan Batang Kali ke Genting Highlands susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada tahun lepas, disifatkan penduduk seolah-olah menghukum mereka kerana laluan alternatif yang disediakan terlalu jauh.

Papan tanda kerja-kerja pembaikan cerun oleh kontraktor JKR semasa tinjauan keadaan penduduk di Batang Kali selepas kejadian tanah runtuh di jalan Genting- Batang Kali tahun lalu. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 7 Oktober, 2023

Menurut penduduk, jika dulu mereka hanya perlu melalui perjalanan sejauh 30 kilometer (km) sahaja untuk ke Genting Highlands namun kini mereka perlu melalui jarak perjalanan 90 km dengan menggunakan laluan alternatif tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, Intan Suraya Hamzah, 23, kebanyakan pekerja di Genting Highlands menetap di Batang Kali dan penutupan jalan utama terbabit menjadikan mereka seolah-olah ‘kambing hitam’ hingga ada yang terpaksa berhenti kerja.

Intan Suraya Hamzah mengakui ada kenalan yang terpaksa berhenti kerja kerana jalan alternatif terlalu jauh untuk ke tempat kerja di Genting Highlands. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 7 Oktober, 2023

“Paling terjejas adalah mereka yang bekerja di Genting Highlands. Saya ada ramai kawan yang bekerja di sana namun terpaksa berhenti kerja sebab tidak tahan untuk ke Genting kerana terlalu jauh, duit pun banyak ‘pakai’ terutama kos minyak selain terpaksa keluar lebih awal kerana ia mengambil masa lebih sejam dengan menggunakan alternatif itu.

“Ia sangat tidak berbaloi dan dalam masa sama, mereka yang bekerja di Genting terpaksa berjauhan dengan keluarga di Batang Kali, sebab tidak digalakkan untuk pulang kerana pelbagai kekangan akan timbul. Jadi, dalam sebulan, sekali atau dua kali sahaja mereka dapat cuti,” katanya ketika ditemui Scoop.

Dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu, seramai 31 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak.

Dalam kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu, seramai 31 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 7 Oktober, 2023

Pada Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu.

Persetujuan tersebut, merupakan hasil daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dan dokumen tersebut akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), untuk tindakan selanjutnya.,

Sementara itu, seorang warga emas, Hamidah Muhammad, 74, pula berharap kerajaan memberi kelonggaran kepada kenderaan ringan untuk melalui jalan utama Batang Kali ke Genting Highlands itu.

Peniaga, Hamidah Muhammad berharap kerajaan memberi kelonggaran kepada kenderaan ringan untuk melalui jalan yang terjejas itu. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 7 Oktober, 2023

“Walaupun dekat dengan Genting Highlands ataupun Janda Baik, namun kami perlu berpusing jauh. Saya dah tua, sudah tidak larat untuk berjalan jauh jadi saya ambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja selepas jalan ditutup.

“Kalau boleh, beri peluang kepada penduduk Batang Kali, ramai yang merungut kerana banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan disebabkan laluan tersebut,’’ katanya.

Sementara itu, Hamzah Ali Barkat, 59, pula mahu kerajaan mendedahkan dengan segera laporan penuh kejadian tanah runtuh itu.

Hamzah yang menetap di Kampung Hulu Naning, Batang Kali berkata, ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut perlu mendapatkan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Penduduk, Hamzah Ali Barkat pula mahu kerajaan segera mendedahkan laporan penuh kejadian tanah runtuh itu. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 7 Oktober, 2023

“Sudah enam bulan tragedi itu terjadi, kenapa laporan penuh masih belum dikeluarkan oleh pihak berwajib. Kesian kepada keluarga yang terlibat malah mereka seolah-olah ‘terkapai-kapai’ dan tidak tahu pada siapa mereka perlu rujuk.

“Apa yang paling penting ialah kerajaan perlu membantu keluarga mangsa kerana mereka bukan mengharapkan insentif tetapi mahu laporan penuh tragedi tersebut,’’ katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related