Peruntukan kesihatan disaran ditingkatkan hingga 6 peratus daripada KDNK: Dr Noor Hisham

Ketika ini peruntukan bagi sektor kesihatan membabitkan 4.3 peratus daripada KDNK iaitu 2.2 peratus bagi sektor awam dan 2.1 peratus sektor swasta

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar mempertimbang untuk meningkatkan peruntukan perbelanjaan kesihatan kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memastikan Malaysia mempunyai sistem kesihatan bertaraf dunia.

Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini peruntukan bagi sektor kesihatan membabitkan 4.3 peratus daripada KDNK iaitu 2.2 peratus bagi sektor awam dan 2.1 peratus sektor swasta.

“Kita boleh sasarkan peningkatan peratusan setiap tahun dalam tempoh lima atau 10 tahun untuk mencapai hingga empat peratus KDNK di sektor awam.

“Peruntukan itu boleh ditumpukan kepada penjagaan kesihatan pencegahan primer khususnya penyakit tidak berjangkit (NCD) dan juga pelaburan bagi pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

“Kesihatan warga berusia juga harus diberikan perhatian termasuk Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) bagi pencegahan penyakit,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini akan terus menyaksikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar.

Perdana Menteri berkata, fokus kerajaan bagi KKM menerusi belanjawan itu ialah pembinaan klinik kesihatan dan mengatasi masalah kesesakan hospital kerajaan di seluruh negara.

Selain itu Dr Noor Hisham yang kini bertugas di Institut Endoktrin Hospital Putrajaya, berkata walaupun telah melepasi pandemik COVID-19, negara perlu belajar daripada tindak balas itu yang akan menjadi kesiapsiagaan bagi masa hadapan.

Beliau berkata, empat perkara yang wajar ditumpukan dan dibuat pelaburan iaitu mempertingkat sistem survelan dan penggunaan teknologi penjujukan genom.

“Selain itu memperkukuh sistem kesihatan awam dan swasta terutama dari segi sumber manusia, perkhidmatan dan fasiliti klinik serta hospital di semua negeri terutama Sabah dan Sarawak.

“Pada masa sama memperkasakan tindakan dan pemantauan sistem kesihatan awam negara serta meningkatkan perubahan tingkah laku kepada pencegahan dan pendidikan kesihatan kepada rakyat,” katanya.

Pada Bajet 2023, sektor kesihatan antara penerima terbesar peruntukan iaitu sebanyak RM36.3 bilion. – 4 Oktober, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Clash of civilisations: Bukit Choras relics spark debate on suppression of history – Part 2

Ancient Kedah was unique in the region due to its multicultural nature, but is there a reluctance to develop Lembah Bujang dig sites?

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related