Geely tambah pelaburan RM10 bilion di Malaysia, perbesar bandar automatif Tanjung Malim: PM

Anwar berkata, Malaysia dijangka menerima beberapa berita menarik berhubung pelaburan baharu yang dijangka diumumkan tidak lama lagi, membabitkan pelabur dari UAE

11:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) membuat keputusan untuk melabur kewangan tambahan RM10 bilion di Malaysia, bagi memperbesarkan Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu adalah komitmen berterusan syarikat berkenaan dalam pelaburannya berkenaan di negara ini.

Katanya, kemasukan pelbagai pelaburan asing ke Malaysia adalah bertepatan dengan kejelasan dasar dilaksanakan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Secara dasarnya tidak lama lagi, selepas melaksanakan beberapa komitmen pelaburan sebelum ini untuk Proton, Geely kini memutuskan untuk meluluskan pelaburan RM10 bilion bagi memperbesarkan bandar automotif,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2023 di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan berusaha keras meyakinkan pelabur saing untuk melabur di Malaysia, malah beberapa bulan lalu, negara melihat peningkatan nominal dalam minat pelabur asing.

Menurutnya, sebagai contoh, Infineon Technologies AG (Infineon) membuat pelaburan tambahan berjumlah lima bilion euro (RM25 bilion) yang menjadi pelaburan tunggal berbesar syarikat di luar Jerman.

“Kita juga berjaya menarik AWS (Amazon Web Services), Elon Musk dan beberapa pelaburan baharu dari China,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Kewangan itu berkata, Malaysia dijangka menerima beberapa berita menarik berhubung pelaburan baharu yang dijangka diumumkan tidak lama lagi, membabitkan pelabur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Malam esok, saya akan ke Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu) untuk lawatan satu hari dan beberapa hari lagi, Insya-Allah anda akan mendengar berita sangat menarik dari UAE.

“Apabila pelabur negara berkenaan akan memberi tumpuan kepada Malaysia dan menjadikan negara kita sebagai hab pelaburan Arab utama di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri menyeru pemimpin politik, profesional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menumpukan kepada isu pusat dalam tadbir urus, memandangkan ia menjadi teras dalam pengurusan ekonomi dengan lebih baik.

“Kejelasan dasar adalah penting sebelum bercakap mengenai keyakinan pelabur asing atau domestik.

“Kita ada Ekonomi MADANI, diikuti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), (justeru) dengan kejelasan dasar, saya lebih yakin masa depan negara,” katanya.

Katanya, Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ketika ini, menyaksikan kerajaan meninggalkan cara lama atau cara menyemak rancangan pembangunan lima tahun negara.

“Tetapi kita membuat anjakan dan pelarasan dengan mempertimbangkan cabaran kita hadapi masa kini,” katanya. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related