Belum ada keputusan tentang rombakan kabinet: PM

Anwar turut menjelaskan tujuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet

8:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Anwar turut menjelaskan tujuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan. 

“Belum (ada keputusan). Tadi saya menghadap Tuanku untuk bincang mesyuarat Kabinet esok.

“Tiada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri. Esok lepas (mesyuarat) Kabinet saya ke Sabah dan (kemudian) ke Abu Dhabi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related