4 sekeluarga ‘hilang’: Misteri terjawab, rupanya-rupanya kereta dirakam di kedai makan, telefon bimbit rosak

Ahmad meminta kejadian itu tidak terus dijadikan kontroversi kerana kesemua mereka disahkan selamat, tunggu kenyataan rasmi pihak berkuasa

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Misteri ‘kehilangan’ empat sekeluarga selepas bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu hujung minggu lalu, terjawab apabila mereka disahkan berhenti dan makan di sebuah kedai di Kluang, Johor.

Perkara terbabit dimaklumkan seorang pengguna Facebook, Ahmad Nazrul menerusi hantaran di media sosial itu.

Menurutnya, ia susulan gambar kereta dinaiki keluarga itu ditemui di sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.

“Gambar ini dihantar seorang rakan Facebook saya di ruangan komen posting (hantaran) saya. Sahabat kami bergegas ke kedai tersebut dan mendapati kereta ini sudah tiada di kedai itu.

“Pemilik kedai mengesahkan mereka empat beranak ada berhenti dan makan di kedai tersebut dan seorang lelaki, dipercayai seorang daripada yang (didakwa) ‘hilang’ dalam kes ini, iaitu Aiman Rafee membayar makanan mereka,” katanya.

Berdasarkan perkongsian Ahmad, keluarga itu disahkan terputus hubungan selepas telefon bimbit milik mereka rosak dimasuki air ketika aktiviti snorkeling.

Justeru, selepas aktiviti itu pada Jumaat lalu, kesemua mereka gagal dihubungi hingga ke hari ini.

Menerusi hantaran itu, dia meminta perkara terbabit tidak terus dijadikan ‘kontroversi’.

“Diharapkan tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak berwajib sebentar nanti,” katanya.

Ahmad turut memaklumkan empat sekeluarga itu disahkan selamat tiba di kediaman mereka di Kluang.

“Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi, sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor. Mereka sudah berhubung dengan saya.

“Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam usaha mencari ini. Terima kasih pihak PDRM, pengusaha resort dan hotel Pulau Perhentian, pengusaha bot Pulau Perhentian dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung,” katanya.

Malah, sebelum ini, pemilik akaun Facebook menggunakan nama Ah Pek yang dipercayai waris keluarga terbabit mengesahkan empat beranak itu sudah dijumpai.

Dalam hantaran dimuatnaik jam 3 petang hari ini, individu terbabit memaklumkan dalam perjalanan pulang ke Kluang, Johor untuk menarik kembali laporan polis dibuat mengenai kehilangan ahli keluarganya itu.

Terdahulu, empat ahli keluarga berkenaan, iaitu seorang wanita, Suraidah Abdul Ghani, 52; anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21, serta dua cucu, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi, selepas bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad bagaimanapun berkata, empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak itu sudah meninggalkan jeti Kuala Besut, kelmarin.

Beliau berkata, semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kenderaan jenis Proton Saga BLM berwarna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380 dinaiki mereka, dikesan bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke arah jambatan dekat Kampung Seberang Kastam pada jam 10.06 pagi, Ahad lalu.

Bagaimanapun, katanya, ahli keluarga mereka tidak dapat menghubungi empat individu terbabit sejak Sabtu lalu. – 3 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related