Kes dadah: Yasin diarah bela diri

Hakim mendapati pihak pendakwaan telah berjaya menghasilkan bukti yang boleh dipercayai dan kes prima facie telah dibuat terhadap tertuduh

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan penyanyi dan pencipta lagu nasyid Muhammad Yasin Sulaiman untuk membela diri atas tiga tuduhan kes dadah.

Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan berkenaan selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum terhadap kesemua tujuh saksi yang memberi keterangan sepanjang peringkat pendakwaan.

Beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya menghasilkan bukti yang boleh dipercayai dan kes prima facie telah dibuat terhadap tertuduh.

Hakim kemudiannya memberi tiga pilihan kepada tertuduh yang berusia 48 tahun itu, sama ada memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh di mana dia tidak boleh disoal balas, atau memilih untuk berdiam diri, di mana mahkamah mesti meneruskan pensabitannya. 

Penyanyi itu kelihatan tenang sepanjang perbicaraan. Turut hadir di galeri mahkamah adalah ahli keluarga serta penyanyi Faizal Tahir, yang hadir memberi sokongan kepada tertuduh.

Yasin kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia memilih untuk berdiam diri, manakala peguamnya Ariff Azami Hussein memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil saksi pertama mereka untuk memberi keterangan hari ini.

Muhammad Yasin didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac 2022, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac tahun yang sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a)ADB 1952 itu.

Yasin dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kesalahan itu pada 6 Julai tahun lalu. – 3 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related