Empat sekeluarga termasuk 2 kanak-kanak dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Bapa kepada dua kanak-kanak itu memaklumkan kali terakhir berhubung dengan ahli keluarganya pada Jumaat lepas

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda memohon bantuan orang ramai untuk mencari ibu mentua, adik lelaki dan dua anaknya yang gagal dikesan ketika bercuti ke Pulau Perhentian di Kuala Besut, Terengganu pada 29 September lalu.

Ah Pek menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan ahli keluarganya itu pada Jumaat lepas.

Menurutnya, kereta dinaiki ibu mentua dan adik lelakinya serta dua anak lelaki dan perempuannya dipercayai diletakkan di jeti Kuala Besut sebelum mereka menggunakan bot untuk ke pulau tersebut.

“Mungkin jarang aku nak minta tolong tapi kali ini aku betul-betul perlukan pertolongan. Mak mentua, adik lelaki termasuk anak saya dua orang masih belum dapat dihubungi sehingga hari ini.

“Nombor plat kenderaan JRW6380. Last update Jumaat (29 September). Lost contact sampai ke hari ini,” katanya.

Bimbang dengan nasib menimpa ahli keluarganya itu, Ah Pek memaklumkan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu, malam tadi.

“Report sudah dibuat tadi di balai polis. Minta panjangkan sampai ke Terengganu,” katanya.

Ah Pek turut berkongsi beberapa video dua anaknya dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna biru mengucapkan selamat tinggal sebelum bertolak ke destinasi percutian mereka.

Malah sebuah lagi video yang dimuatnaiknya turut memaparkan anak perempuan dan adik lelakinya berada di atas sebuah bot.

Sementara itu, Khursani Ab Manaf dipercayai pemandu pelancong sebuah syarikat pelancongan di Pulau Perhentian memaklumkan ahli keluarga Ah Pek menggunakan perkhidmatan bot mereka untuk pergi ke pulau tersebut.

Malah katanya, dua individu dewasa dan dua kanak-kanak itu menaiki bot ke Pulau Perhentian pada jam 9.45 pagi Jumaat lalu.

“Kesemua mereka menginap di Senja Bay (Perhentian Kecil) selama dua malam,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, malam tadi.

Bagaimanapun, Khursani memaklumkan empat sekeluarga itu sudah menaiki bot ke jeti Kuala Besut pada jam 8 pagi, Ahad lalu.

“Perkara itu disahkan Senja Bay dan pemandu bot. Kami turut sama menzahirkan kerisauan atas perkara itu. Kami doakan Puan Suraidah dan keluarga selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu,” katanya.

Perkongsian itu mengundang simpati netizen dengan rata-rata mendoakan agar empat sekeluarga itu berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

“Semoga dipermudahkan urusan pencarian dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat hendaknya,” kata Fifah.

“Allahuakhbar. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Mariana.

“Ya Allah susahnya hati sebab anak-anak ikut sekali. Semoga yang baik-baik. Harap ditemui semula,” kata Sarra. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related