Bajet 2024: Presma cadang kadar SST diturunkan kepada 3 peratus

Setiap rakyat juga perlu sentiasa diingatkan supaya melaksana tanggungjawab untuk membayar cukai, supaya adil, jangan satu segmen masyarakat membayar dan yang lain menikmatinya, kata Presma

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekiranya kerajaan belum bersedia melaksana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sekurang-kurangnya kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) wajar dipertimbang untuk diturunkan kepada tiga peratus dalam Bajet 2024.

Perkara berkenaan disuarakan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang menyatakan bahawa kadar cukai tiga peratus itu wajar terpakai kepada semua kedai makan atau restoran yang diklasifikasikan sebagai ‘restoran luar hotel’.

“Nilai ambang pula hendaklah sifar supaya semua pihak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membayar SST. 

“Pada masa ini ada yang membayar dan ada juga yang mengelak dengan mengatakan perniagaan tidak mencapai nilai ambang tahunan ditetapkan bagi kedai makan dan restoran iaitu RM1.5 juta,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau berkata, penetapan kadar tiga peratus itu juga disifatkan memberi manfaat kepada semua dari segi penjimatan perbelanjaan sama ada bagi golongan B40 atau T20.

Selain itu katanya, beliau tetap menyokong sekiranya kerajaan bercadang memperkenalkan semula GST yang dikatakan lebih telus selain penggunaan oleh banyak negara.

“Kerajaan juga harus tampil dengan langkah lebih jitu dalam membendung kenaikan harga barangan seperti beras, gula dan bahan keperluan asas lain.

“Setiap rakyat juga perlu sentiasa diingatkan supaya melaksana tanggungjawab untuk membayar cukai, supaya adil, jangan satu segmen masyarakat membayar dan yang lain menikmatinya,” katanya.

Sri Ganesh Michiel berharap kerajaan dapat menaikkan nilai ambang tahunan cukai SST industri perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta menerusi Bajet 2024. – Gambar Facebook, 3 Oktober, 2023

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA), Sri Ganesh Michiel pula berharap kerajaan dapat menaikkan nilai ambang tahunan cukai SST industri perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta menerusi Bajet 2024.

Beliau berkata, perkara itu perlu bagi memastikan kelangsungan pengusaha hotel bajet yang terjejas akibat persaingan pihak yang melaksanakan perusahaan penginapan secara tidak berlesen.

“Sekiranya nilai ambang itu dinaikkan ke paras RM1.5 juta, pelanggan terutama golongan B40 juga boleh menikmati harga bilik pada kadar mampu milik.

“Ini juga dapat mengurangkan bebanan cukai SST yang disediakan pengusaha hotel berlesen. Kalau harga bilik tinggi, cukai yang perlu dibayar juga tinggi,” katanya.

Bajet 2024 dijangka dibentang di Parlimen pada 13 Oktober ini. – 3 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Pramugari MAS meninggal dunia di Jepun

Punca kematian masih belum disahkan, namun laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH menyatakan dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.

Related