PM arah jabatan kerajaan tidak jemput tetamu terlalu awal bagi program rasmi

Perdana Menteri berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu

10:42 PM MYT

 

SERI ISKANDAR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan yang menganjurkan program rasmi supaya tidak meminta tetamu hadir terlalu awal kerana ia boleh menjejaskan produktiviti negara.

Anwar berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu.

“Saya tengok dalam jadual (program hari ini), ketibaan Perdana Menteri jam 1 tengah hari, ketibaan jemputan jam 12 tengah hari, kenapa awal sangat, satu jam itu nak buat apa? Jadi saya minta semua jabatan kerajaan kalau urusan program ini, tukarlah sikit.

“Saya sampai 1.03 tengah hari, tetapi saya tengok program, ketibaan jemputan jam 12, naya ini. Jadi insya-Allah ini jadikan arahan, 10 minit, 15 minit sebelum itu tidak mengapa, nak atur tempat duduk dan sebagainya tetapi tidak perlu sampai tetamu diminta hadir begitu lama kerana itu membazir waktu dan mengurangkan produktiviti negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Ramah Mesra Madani bersama YAB Perdana Menteri di sini hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan tentang kepentingan membayar zakat dengan memetik kata-kata ulama tersohor, Allahyarham Syeikh Yusuf Al-Qaradawi bahawa jarang negara berperang untuk membela orang miskin dalam sejarah umat manusia, melainkan untuk mencari kuasa dan harta.

“Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, buat pertama kali dalam sejarah kita ada Abu Bakar As-Siddiq atas nama Islam, keadilan, belas kasihan kepada fakir miskin, melancarkan perang terhadap mereka yang enggan membayar zakat kerana keengganan membayar zakat bermakna kesusahan orang miskin tidak dapat ditebus.

“Maknanya pertama kali dalam sejarah umat manusia, Abu Bakar As-Siddiq isytihar perang kepada orang yang tidak membayar zakat sebab institusi zakat ini sangat penting untuk mengukuhkan ekonomi Madani, ekonomi Islam yang prihatin terhadap golongan miskin dan menderita,” katanya.

Pada program hari ini, Anwar turut menyampaikan Surat Kelulusan Projek Masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh, serta bantuan makanan “Kotak Rezeki Ummat” daripada Myfundaction, selain bantuan peserta eKasih. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related