KPM, KPT main peranan beri pendedahan awal mengenai literasi kewangan: PM

Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan KPM dan KPT supaya kempen pencerahan mengenai amalan menabung dan pelaburan saham boleh diperluaskan lagi di peringkat institusi pendidikan dan pendidikan tinggi

10:25 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan awal mengenai literasi kewangan kepada pelajar dan mahasiswa dari peringkat awal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan kedua-dua kementerian itu supaya kempen pencerahan mengenai amalan menabung dan pelaburan saham boleh diperluaskan lagi di peringkat institusi pendidikan dan pendidikan tinggi.

“Mungkin guru-guru terpilih boleh diberikan latihan supaya pencerahan ini turun ke bawah. Guru-guru atau tenaga pengajar boleh diberi tanggungjawab untuk memberi kesedaran tambahan kepada pelajar.

“Saya juga menyeru anak Pulau Pinang, pihak sekolah, guru dan masyarakat agar memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan perasmian MSAM 2023 di sini hari ini.

Tema MSAM tahun ini, ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, mencerminkan usaha berterusan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan dengan pendekatan yang menarik. 

Anwar juga berkata pengetahuan masyarakat berkaitan pelaburan saham agak lemah kerana ramai individu melabur mengikut sentimen dan bukan keupayaan sesuatu syarikat itu namun perkara ini tidak banyak bezanya dengan negara lain.

“Saya ada baca laporan di London beberapa tahun lalu yang agak mengejutkan di mana tahap pencerahan maklumat di sana juga rendah dalam kalangan penduduknya.

“Literasi kewangan ini penting dan kita tidak boleh membuat andaian bahawa seseorang itu menabung dan melabur dalam pasaran saham dengan sendirinya ada maklumat terkini,” katanya.

Beliau berkata oleh itu, pendedahan perlu bermula di peringkat sekolah agar mereka melabur atas keyakinan terhadap integriti dan rekod baik sesuatu syarikat.

Perdana Menteri turut mengingatkan syarikat berasaskan kepentingan Bumiputera agar tidak mengambil jalan mudah dengan menjual aset yang dimiliki untuk menyelamatkan syarikat. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related