Tular orang ramai sanggup beratur panjang demi Bacha Coffee, ’ia umpama syurga kopi, berbaloi’

Kafe menawarkan kopi daripada 35 negara di enam benua itu, mencetuskan fenomena dalam kalangan penggemar minuman berkenaan walaupun dijual bermula RM35 hingga lebih RM1,200 mengikut jenis

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Bagaimana rasa kopinya? Sedap ke? Adakah memang benar-benar sedap, saya nak cuba tapi barisannya aduhai’.

Itu kata-kata dilontarkan beberapa pengguna media sosial susulan tular gambar dan video sejak tiga hari lalu menunjukkan, orang ramai sanggup beratur panjang di premis kafe Bacha Coffee di Suria KLCC yang juga cawangan pertama jenama terbabit di Malaysia untuk menikmati minuman berkenaan.

Lebih mencetuskan tanda tanya, mengapa ia menjadi ‘rebutan’ dan pilihan walaupun harga jualannya bermula RM35 hingga lebih RM1,200 mengikut jenis.

Premis yang baru dibuka di ibu kota itu turut menjual pelbagai pastri dan pencuci mulut yang boleh dinikmati bersama kopi – Gambar Instagram, 2 Oktober, 2023

“Hari ketiga cawangan Bacha Coffee Suria KLCC dibuka. Beratur panjang sampai ke luar!”

“Bacha Coffee dah buka di Suria KLCC. Cawangan pertama kat Malaysia. Katanya mungkin akan buka cawangan kedua (Malaysia) kat TRX Mall tahun depan, Bagi golongan T20 dan acah-acah T20.”

“Menarik. Saya akan singgah ke sini lah nanti.”

“Punya lah panjang beratur nak masuk Bacha KLCC,” kongsi beberapa pengguna.

Menjawab kepada persoalan diajukan warga maya, beberapa individu menjelaskan kopi berkenaan sememangnya istimewa dan unik kerana ‘menghimpunkan’ kopi berkualiti dari benua di seluruh dunia.

Katanya, hidangan itu juga merangkumi pelbagai jenis, rasa, kandungan kekuatan kopi dan saiz, manakala 200 kopi yang ditawarkan secara panas atau sejuk di premis berkenaan turut dihidangkan dalam teko Moka disadur emas dengan sebatian ramuan enak.

Premis itu juga, ujarnya, menjual pelbagai pastri dan pencuci mulut yang boleh dinikmati bersama kopi.

Berdasarkan maklumat rasmi syarikat pengeluar kopi dari Maghribi itu, jenama Bacha Coffee diasaskan di Marrakech sejak 113 tahun lalu – Gambar Instagram, 2 Oktober, 2023

“Malaysia negara kelima yang ada Bacha Coffee ini dan pengasasnya sama dengan TWG Tea,” kata seorang individu.

“Brazil Paraiso Gold coffee dekat Bacha Coffee KLCC, Cuba lah satu teko, anggarannya boleh dapat secawan setengah,” tulis Vitroil.

“Ada coffee Bacha Cofee harga RM1,200. Kek, croissant, braised Australian Barramundi, Tiramisu dan banyak lagi,” komen Danial

“Pernah pergi kat Marina Bay Sands. Panjang beratur…Saya minum Americano sebab disyorkan, tak suka mungkin kerana saya tak minat Americano,” ujar Swift.

“Antara kopi paling sedap pernah saya rasa, walaupun ada kata mahal, tapi lepas minum memang berbaloi,” kata Ana.

“Sebagai penggemar kopi tegar, saya rasa ini syurga kopi,” ujar Izat.

Berdasarkan maklumat rasmi syarikat pengeluar kopi dari Maghribi itu, jenama Bacha Coffee diasaskan di Marrakech sejak 113 tahun lalu, iaitu bermula 1910.

Jenama itu menggunakan 100 peratus biji kopi Arabica dari 35 negara di enam benua, iaitu Afrika, Semenanjung Arab, Asia, Amerika Tengah, Oceania serta Amerika Selatan. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related