Indonesia puji langkah Malaysia haramkan ‘When 1 Was A Kid 3’

Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penjualan buku novel berkenaan dan sekali gus mengarahkan penjualannya dihentikan berkuatkuasa 15 September lalu

3:55 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Indonesia memuji langkah kerajaan Malaysia mengharamkan komik bertajuk ‘When I Was A Kid 3’ yang mengandungi perkataan menghina pekerja migran Indonesia (PMI) dari negara berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Lalu Muhamad Iqbal berkata, tidak kira sama ada istilah itu ditujukan kepada rakyat Indonesia atau tidak, namun istilah yang menyebut perkataan ‘monyet’ adalah perbuatan yang tidak berpendidikan.

“Istilah berkenaan yang merujuk kepada PMI kita,’’ kata Lalu, seperti yang dipetik dalam laporan Antara News.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Indonesia berhubung komik berkenaan.

Buku itu ditulis oleh penulis Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Cheeming Boey, 45, pada 2014.

Beliau kini menetap di Amerika Syarikat ketika menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya.
Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penjualan buku novel berkenaan dan sekali gus mengarahkan penjualannya dihentikan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuatkuasa 15 September lalu. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related