Wanita ditikam gunting: Mangsa masih di unit kecemasan, namun stabil

Dalam kejadian itu, mangsa bukan sahaja ditikam di belakang badan, malah ditumbuk dan ditendang suspek yang menyerangkan di dobi secara tiba-tiba

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mangsa kejadian samun di sebuah dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus, Kuala Terengganu semalam, masih menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, wanita berusia 31 tahun itu, disahkan mengalami kecederaan di belakang badan akibat ditikam dengan senjata tajam, dipercayai gunting

Katanya, mangsa ke premis itu sendiri pada kira-kira jam 3 petang dan secara tiba-tiba, suspek kemudian meluru masuk mengekorinya sebelum menikam wanita terbabit dari belakang.

“Suspek turut memukul dan menendang mangsa sebelum keluar meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

“Kemudian, suspek melarikan diri menggunakan Proton Wira kelabu yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka 24 jam bersebelahan dobi,” katanya kepada media.

Rakaman CCTV dobi menunjukkan suspek menyerang mangsa dari belakang, sebelum menikam, memukul dan menendangnya. – Gambar media sosial, 1 Oktober, 2023

Wan Zaki berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di kawasan sekitar selepas kejadian itu.

“Kita juga tidak menerima sebarang laporan kerugian daripada mangsa dan kes disiasat mengikut Sekatan 324/393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video kejadian pada kira-kira 2.50 petang itu tular di media sosial dan mengejutkan warga maya.

Menerusi video berdurasi 13 saat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis itu, kelihatan suspek meluru masuk ke premis dan menikam wanita terbabit daripada belakang, sebelum mangsa jatuh,

Suspek kemudian memukul dan menendangnya sebelum melarikan diri, dengan mangsa bangun secara perlahan-lahan.

Malah, kejadian itu dikongsikan seorang pengguna akaun Twitter, @MisrawatiMasri yang memaklumkan mangsa adalah kakak iparnya dan memohon doa daripada masyarakat untuk kesembuhannya.

Tangkap layar ciapan Misrawati Masri mengenai kejadian menimpa mangsa yang juga kakak iparnya. – Gambar media sosial, 1 Oktober, 2023

“Allahuakbar, kakak ipar saya kena rompak, kena tikam dalam kedai dobi. Doakan kakak ipar saya,” ciapnya.

Dia juga mengingatkan semua wanita supaya lebih berhati-hati dan memastikan mereka tidak berseorangan apabila keluar ke mana-mana.

“Peringatan untuk wanita, termasuk diri saya sendiri yang selalu pergi mana sorang, please (tolong) bawa kawan teman dan extra careful (lebih berwaspada).

“Ramai orang gila dalam dunia ini rupanya,” katanya. – 1 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related