Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius teguran LKAN untuk kurangkan ketirisan, pembaziran: KPPA

Selain itu, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah, bagi membolehkan ia diterjemahkan dalam setiap tindakan dilaksanakan

11:28 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memberi perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata, langkah berkenaan adalah usaha ke arah memartabatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam. 

“Mereka (Ketua Setiausaha dan ketua jabatan) juga diminta bersiap siaga dengan sebarang teguran (LKAN) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan. 

“Selaku pegawai pengawal di setiap kementerian dan jabatan diterajui, integriti perlu diberi keutamaan,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu diberikan sempena Persidangan Pemerkasaan Integriti anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 27 September lalu.

Persidangan itu julung kali diadakan dengan tema ‘Membudaya Integriti, Memperteguh Malaysia MADANI’. 

Antara objektif persidangan berkenaan adalah sebagai platform bertukar pandangan; mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan aspek tatakelola dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi serta membincangkan pelbagai isu berkaitan dapatan audit dan langkah penambahbaikan.

Beliau berkata, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah, bagi membolehkan nilai murni itu diterjemahkan bagi setiap tindakan dilaksanakan.

Katanya, berpegang kepada prinsip ‘amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan’, semua penjawat awam perlu berpegang kepada nilai integriti dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi, seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Kita semua tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu integriti,” katanya.

“Dengan iltizam kukuh untuk menjauhi rasuah dan salah guna kuasa menerusi integriti, penjawat awam dapat melonjakkan Malaysia sebagai negara maju yang bermaruah serta disegani di persada antarabangsa,” katanya. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related