Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan buruk kesihatan

Mereka diminta banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung serta mulut sesuai, selain minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi mengekalkan hidrasi badan

10:22 AM MYT

 

SEREMBAN – Orang ramai, terutama golongan berisiko tinggi dinasihat supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan, bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, ia termasuk mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan untuk mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

Katanya, selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.

“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak kecil dan penghidap penyakit respiratori serta jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Selain itu, Dr Harlina menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa kawasan merekodkan IPU tidak sihat, termasuk di Nilai dengan bacaan semasa ialah 148. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related