‘Elak terjebak jenayah Qazaf’: Mimbar

Tuduh menuduh secara melulu dengan mengatakan sesat dan kufur ke atas orang Islam, mencaci-maki sehingga boleh terjebak dalam perbuatan jenayah qazaf, amat berat dosa dan hukuman di sisi Allah SWT

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Umat Islam diseru menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah sesama umat sehingga boleh terjebak dalam jenayah qazaf yang amat berat hukumannya.

Itu antara ingatan dalam teks khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Hakikat Cinta Rasul’ yang menyatakan bahawa umat Islam yang berkeperibadian mulia mesti menjauhi diri daripada terlibat dengan amalan-amalan yang bersifat keji dan mungkar.

“Di dunia yang serba canggih pada hari ini, marilah kita menjauhkan diri dari perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah sesama umat Islam.

“Tuduh menuduh secara melulu dengan mengatakan sesat dan kufur ke atas orang Islam, mencaci-maki sehingga boleh terjebak dalam perbuatan jenayah qazaf, amat berat dosa dan hukuman di sisi Allah SWT,” kata khutbah hari ini.

Di dunia yang serba canggih pada hari ini, umat Islam diseru untuk menjauhkan diri dari perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah – Gambar hiasan Pexels, 29 September, 2023

Menurut teks, sempena sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW pada tahun ini, seluruh umat Islam diajak untuk bersama-sama meningkatkan kualiti akhlak yang mulia dan menjadikan Nabi Muhammad SAW suri teladan terbaik.

“Bagi tujuan itu juga, kita selaku umat yang berkeperibadian mulia mesti menjauhi diri dari terlibat dengan amalan-amalan yang bersifat keji dan mungkar sama ada dalam bentuk lisan dan perbuatan yang akan merendahkan kemuliaan diri kita selaku umat Nabi Muhammad SAW,” kata teks khutbah itu.

Sementara itu mimbar di Perak, khutbah dengan tajuk ‘Rasulullah SAW: Mengungguli Peradaban Ummah’ mengingatkan bahawa Maulidur Rasul mestilah disambut dengan penghayatan dan ummah harus bijak mentafsir sirah Baginda SAW lalu diamalkan dalam kehidupan. 

“Ummah wajib tampil dengan cita-cita mahu membina kemajuan baharu, mencipta sejarah baharu, bertekad melakukan perubahan diri untuk menjadi insan yang lebih berkualiti, dengan menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran diri dan seterusnya menguasai pelbagai bidang yang diperlukan. 

Umat Islam juga diajak untuk bersama-sama meningkatkan kualiti akhlak yang mulia dan menjadikan Nabi Muhammad SAW suri teladan terbaik – Gambar hiasan Pexels, 29 September, 2023

“Ummah yang berjaya mengambil iktibar sirah Rasulullah SAW, ialah ummah yang bersedia meninggalkan tabiat buruk, beralih kepada amalan dan kegiatan yang menumpukan usaha untuk kemajuan diri, agama, bangsa dan negara,” kata teks itu.

Sementara Mimbar di Johor pula bertajuk ‘Meraikan kelahiran junjungan mulia’ mengajak umat menjadikan Rabiulawal sebagai bulan untuk menambahkan lagi kecintaan kepada Baginda Rasullullah.

“Sambutan mengenal peristiwa kelahiran Baginda adalah perkara yang harus di sisi syarak. 

“Bahkan ianya amatlah digalakkan kerana mengandungi perkara yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

“Sambutan diadakan bagi melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat Allah kerana mengutuskan seorang rasul yang menunjukkan kepada manusia jalan yang benar dan lurus,” katanya.

Amalan saling mendoakan dapat menjalin kasih sayang dan perhubungan yang mesra sesama umat – Gambar hiasan Pexels, 29 September, 2023

Sementara itu mimbar di Selangor bertajuk ‘Jadilah Hamba Yang Berdoa’ mendorong agar umat Islam saling mendoakan tanpa mengira kedudukan dan pangkat, orang yang dikenali atau tidak. 

“Amalan ini sudah pasti dapat menjalin kasih sayang dan perhubungan yang mesra sesama umat. Lebih-lebih lagi mendoakan orang tanpa pengetahuannya itu adalah antara doa yang tidak akan terhalang.

“Sesungguhnya setiap doa atau permohonan kepada Allah SWT itu hendaklah diringi dengan sifat takwa, iaitu menunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, supaya doa itu dimakbulkan, tidak tergantung-gantung atau ditolak,” kata teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). – 29 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Related