Anwar jamin caj DuitNow ke atas peniaga tidak jejas rakyat berpendapatan rendah

Beliau berkata, menurut penjelasan diberikan gabenor BNM, caj itu tidak akan dikenakan terhadap golongan berkenaan

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Caj dikenakan ke atas peniaga untuk pembayaran melalui DuitNow, tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, jaminan itu diberikannya susulan perbincangan beliau dengan gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.“Saya ada berbincang dengan gabenor semalam.

Menurutnya, caj tidak akan dikenakan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Bank Negara Malaysia ada peranannya, biarlah ia melakukannya. Apa yang penting sekarang ialah tidak membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada media selepas melawat pameran di KL Jazz & Arts Centre di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan parameter di sebalik kaedah dalam menentukan golongan berpendapatan rendah.

Ujarnya, BNM akan memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Terdahulu, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bersama BNM sebagai pemegang saham tunggal terbesarnya, mengumumkan bahawa peniaga akan dikenakan kadar diskaun peniaga (MDR) apabila menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow, mulai 1 November.

Berikutan itu, bank utama termasuk Maybank, CIMB dan Public Bank memaklumkan, mereka akan mengetepikan caj MDR sehingga akhir tahun, atau sehingga notis selanjutnya.

Susulan situasi itu, PayNet menerusi kenyataannya menjelaskan, MDR bukanlah yuran baharu.

Jelasnya, pembayaran kad debit dan kredit sentiasa tertakluk kepada caj MDR, tetapi harga produk serta perkhidmatan yang dibeli dengan kaedah itu, kekal sama seperti pembayaran tunai.

PayNet memaklumkan, pihaknya tidak melihat harga barangan dan perkhidmatan akan berubah selepas mengenakan MDR.

Ketika bayaran tanpa tunai diperkenalkan, pengecualian MDR diberikan sebagai insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran QR.

Pelepasan itu sepatutnya berakhir lebih sembilan bulan lalu, namun dilanjutkan kerana pandemik Covid-19.

Sementara itu, berhubung kebimbangan mengenai bayaran 50 sen untuk transaksi melebihi RM5,000, PayNet berkata, ia hanya terpakai untuk pemindahan dana daripada satu QR peribadi kepada QR peribadi lain.

Katanya, pembayaran itu tidak berkaitan dengan pembayaran kepada peniaga. – September 29, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related