Tiada keperluan mendesak rombak Kabinet: PM

Anwar berkata, ia memandangkan hanya satu kerusi Kabinet kosong, malah Armizan dan Fuziah sudah diminta memberi perhatian berhubung kementerian terbabit

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan mendesak untuk Kerajaan Perpaduan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Perdana Menteri memaklumkan, walaupun terdapat kekosongan bagi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pengurusan kementerian berkenaan ditangani dengan baik menerusi pemangkunya, Datuk Armizan Mohd Ali.

“(Rombakan Kabinet) tidak mendesak sangat sebab yang kosong (hanya) satu. 

“Saya dah minta Armizan dan Fuziah untuk beri perhatian (berkaitan kementerian berkenaan),” katanya kepada media pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Tabung Haji (TH) di Menara TH di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Anwar bersedia membuat rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Rombakan itu antaranya membabitkan Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU), anggota birokrasi, kakitangan awam dan pejabatnya sendiri.

Desas-desus rombakan Kabinet timbul selepas kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Malah, rombakan itu didakwa hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang bakal diadakan 7 Oktober ini. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related