‘Ini masanya laksana rombakan Kabinet untuk kendurkan gesaan tukar kerajaan’: Penganalisis

Pelaksanaan itu mampu membuatkan parti komponen gembira, selain rakyat seronok kerana mendapat menteri atau timbalan menteri yang mampu merasai denyut, kesusahan dan kesukaran kehidupan mereka

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wujud keperluan untuk Kerajaan Perpaduan melaksanakan rombakan Kabinet, jika tidak mahu dilabel pelbagai pihak, khususnya rakyat sebagai ‘kerajaan gagal’.

Pemerhati politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, walaupun prestasi Kerajaan Perpaduan memberansangkan, kajian terperinci perlu dilakukan Perdana Menteri dalam mengenal pasti menteri yang sepatutnya disingkirkan, akibat ditolak rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan berfikir terlebih dahulu berkait sebarang keperluan untuk melaksanakan rombakan Kabinet. – Gambar Scoop, 29 September, 2023

Malah, katanya, terdapat banyak ruang penambahbaikan perlu dilaksanakan kerajaan Persekutuan untuk terus bergerak ke hadapan.

“Pada pandangan saya, antara menteri yang perlu ditukar adalah Rafizi Ramli, Datuk Seri Tiong King Sing dan V Sivakumar kerana tindakan atau dasar dilaksanakan mereka ketika ini, membuatkan orang marah sehingga mahu Kerajaan Perpaduan ditukar.

“Saya yakin gesaan tukar kerajaan baharu akan dapat dikendurkan atau dihentikan, jika kerajaan bersedia melaksanakan rombakan Kabinet dan menukar menteri tidak perform (tidak melaksanakan peranan dengan baik),” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan berfikir terlebih dahulu berkait sebarang keperluan untuk melaksanakan rombakan Kabinet.

Mengulas lanjut, Ashikin berkata, Anwar perlu melakukan perkara itu secara berhemah bagi memastikan keputusan diambil tidak menyentuh perasaan parti komponen yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Apa menjadi kebimbangan, akan ada gerakan daripada parti politik yang tidak bersetuju menyebabkan mereka akan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan, walaupun perkara ini adalah perkara normal dalam suasana politik di Malaysia.

“Namun, sudah tiba masa rombakan Kabinet dilaksanakan agar bukan sahaja parti komponen gembira dengan perkara itu, tetapi rakyat seronok susulan bakal mendapat menteri ataupun timbalan menteri yang mampu merasai denyut, kesusahan serta kesukaran kehidupan mereka,” katanya.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub. – Gambar Facebook, 29 September, 2023

Dalam pada itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, calon baharu wajar ditampilkan dan individu tewas ketika pilihan raya perlu ditolak daripada menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, wujud keperluan untuk ahli parlimen yang memegang portfolio Menteri Besar dilantik sebagai menteri, susulan individu terbabit memiliki kredibiliti dalam menjaga negeri masing-masing.

“Perkara ini tidak menjadi kesalahan kerana walau sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, mereka boleh diangkat sebagai menteri. Kita perlu gunakan kelebihan dimiliki mereka dalam menaik taraf hidup rakyat.

“Ini waktunya melakukan rombakan Kabinet segera dan barisan Jemaah Menteri perlu disegarkan dengan muka baharu. Perdana Menteri perlu memikirkan lebih tentang kehidupan rakyat, berbanding beberapa ahli politik dalam parti komponen kerajaannya,” katanya. – 28 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related